Thailand kini telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penggunaan aset digital untuk tujuan pembayaran barangan dan perkhidmatan, bermula 1 April 2022 kelak.
Arahan ini dikeluarkan, selari keperluan kawal selia operasi perniagaan aset digital yang mungkin memberikan impak terhadap kestabilan kewangan serta ekonomii negara.
Bank Negara Thailand dijangka akan mengeluarkan garis panduan tambahan untuk syarikat berkaitan aset digital di sana tidak lama lagi.