Malaysia terus menjadi antara negara Asia yang tertinggi mencatatkan jumlah pemohon pekerjaan secara aktif. Walaupun kadar pengangguran semakin menurun kepada 4.2%, mengapa aliran pertukaran pekerjaan masih rancak di negara?
Tinjauan 2022 Hays Asia Salary Guide kini memaparkan, terdapat beberapa faktor menjadi pendorong untuk pekerja di Malaysia terus mencari peluang, melakukan pertukaran pekerjaan dari satu tempoh ke tempoh yang lain.
Antaranya adalah;
- 75% akui pertukaran pekerjaan adalah disebabkan faktor paras gaji
- 49% pula menzahirkan, tindakan perubahan pekerjaan adalah untuk meneroka cabaran baharu dalam pasaran ekonomi
- 48% akui cenderung untuk alami pertukaran pekerjaan, susulan majikan tidak dapat penuhi tuntutan kebajikan yang lebih baik
- 13% melakukan tindakan sedemikian untuk menaik-taraf kemahiran kelayakan pekerjaan mereka
Sementara 51% lain pula menyatakan pendirian mereka akan kekal dalam pekerjaan sedia ada, sekiranya paras gaji mereka bertepatan dengan kehendak.
Melihat tinjauan meliputi penyertaan 9,500 responden pekerja Asia ini, ia secara langsung menjelaskan pekerja di Malaysia bersifat agresif dalam menambah-baik kualiti kehidupan mereka. Namun situasi tidak asing susulan ia turut dipengaruhi dengan krisis kesihatan dan kos sara hidup yang semakin melonjak di negara.