Artikel

970,000 Buku Pasport Kini Tersedia – Tampung Pembaharuan Pengguna Sempena Buka Sempadan

Sejumlah 970,000 buku pasport ketika ini telah tersedia untuk menampung permintaan pembaharuan akses rakyat Malaysia – bersempena pembukaan sempadan tidak lama lagi.

Seperti yang umum ketahui, bermula 1 April ini negara akan membuka semula tirai laluan antarabangsa buat orang awam dan pelancong asing.

Jumlah simpanan buku pasport di bawah Jabatan Imigresen Malaysia itu dijangka dapat menampung permintaan pembaharuan sehingga Julai ini. Penambahan stok buku pasport hanya akan dilakukan setelah stok sehingga Julai mencapai kapasiti permintaan.

Buat pengetahuan umum, angka permohonan dan memperbaharui buku pasport pada data setiap tahun adalah sekitar 2.5 juta setahun – namun ini adalah data sebelum penularan COVID-19 berlaku di Malaysia.

Selain penyediaan stok buku pasport, pihak berkuasa turut akan memperkasakan sistem laluan automatik untuk para pelancong – langkah ini bagi mengatasi isu kesesakan melibatkan laluan pintu keluar-masuk antarabangsa.