Artikel

Jumlah Pengeluaran Khas KWSP Disasar RM20 Bilion Sahaja – Simpanan Pencarum Semakin Kecil

Sebelum ini terdapat anggaran memaklumkan, inisiatif pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berupaya memberi manfaat ke atas 6.3 juta pencarum negara dengan jumlah pengeluaran mencapai RM63 bilion.

Akan tetapi jangkaan tersebut berkemungkinan akan menjadi lebih rendah dengan jumlah sekitar RM15 bilion hingga RM20 bilion pengeluaran.

Sasaran firma penyelidikan, CGS-CIMB itu diperhatikan atas faktor dana persaraan pencarum yang semakin mengecil atau berkurangan disebabkan tindakan pengeluaran KWSP sebelum ini.

Meskipun pengeluaran itu dijangka lebih rendah akan tetapi ia masih boleh menambah aliran 45 mata asas kepada pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun-ke-tahun.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia perlu akui melalui pengeluaran ini – langkah membina semula akaun simpanan persaraan akan menjadi lebih sukar, lama dan ia akan membawa kepada peningkatan umur persaraan.