Artikel

LHDN Digesa Atasi Kes Tertunggak – Sekitar RM16.35 Bilion Cukai Boleh Dikutip

Jabatan Audit Negara telah mengesan terdapat pertambahan cukai dan penalti berjumlah RM16.35 bilion ketika ini.

Menerusi hasil pengauditan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 Siri 1 – angka tunggakan ini seharusnya boleh dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Datuk Seri Nik Azman, Ketua Audit Negara – terdapat kelemahan terhadap penyelesaian kes audit cukai syarikat dengan kes diselesaiakan melebihi tempoh ditetapkan serta kes tertunggak berlaku di antara 6 bulan sehingga 6 tahun.

Situasi ini secara langsung mengikut LKAN akan mengakibatkan kelewatan pengeluaran notis taksiran tambahan dan menyebabkan bayaran cukai tergendala kepada kerajaan. Susulan itu, LHDN kini digesa untuk menangani isu cukai tertunggak agar tidak terus berpanjangan.