Artikel

Malaysia Alami Pembaziran, Boros Dan Kerugian Wang Awam RM64.1 Juta – PAC

PAC, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ketika memantau serius akan pembaziran, pemborosan serta kerugian wang awam yang di alami Malaysia – dengan jumlah mencapai RM64.1 juta.

Mengikut laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2020 siri 1 pada sidang Parlimen hari ini (22 Mac) secara jelas menunjukkan terdapat beberapa kelompongan pembaziran dilakukan dalam beberapa projek serta kementerian.

Antara pelaporan yang memperlihatkan pembaziran tinggi adalah meliputi;

  • Projek Menaik-Taraf Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) – dengan jumlah RM2.81 juta
  • Pengurusan ProgramPebangunan Tenaga Boleh Baharu di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli – dengan jumlah RM16.77 juta
  • Aktiviti Kawalan Terhadao Penggajian Ekspatriat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) – dengan jumlah RM44.53 juta

Tidak hanya pembaziran itu, Laporan Ketua Audit Negara turut memberi pendedahan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) gagal memulangkan dana caruman kerajaan sekitar RM695.06 juta kepada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) bersama agihan dividen yang kurang fleksibel.

Maka melihat situasi ini, PAC kelak akan membentuk persidangan khas dan memulakan semakan setelah memiliki persetujuan ahli jawatankuasa.