Artikel

Malaysia Setuju Bekal 300,000 Tong Petroleum RON95 – Kepada Vietnam

Berikutan meneliti hubungan baik bersama Vietnam, Malaysia kini bersetuju membekalkan 300,000 tong petroleum RON95 kepadanya.

Keputusan itu dimaklumkan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri setelah Vietnam melakukan permohonan untuk menambahkan bekalan petroleum serta gas tambahan dari negara.

Selain itu, Malaysia dan Vietnam turut bersetuju meningkatkan nilai perdagangan lebih tinggi iaitu RM75 bilion menjelang tahun 2025 kelak.

Untuk makluman, nilai dagangan global negara kini lepasi AS$477 bilion manakala Vietnam pula sekitar AS$650 bilion.