Setel, penyedia dompet digital minyak negara kini terus mempelbagai khidmat atas-talian mereka kepada pengguna negara – dengan agenda terbaharu pihaknya kini membolehkan pengguna menambah-nilai melalui GrabPay.
Adanya kolaborasi menarik ini, ia membuka peluang ganjaran yang lebih luas kepada pengguna ketika melaksanakan pengisian petrol dan memiliki kelebihan GrabRewards, ganjaran Mesra sewaktu melakukan tambah-nilai serta transaksi.
Tidak hanya itu, ganjaran yang lebih tinggi buat pengguna baharu juga turut tersedia dengan perolehan RM9 percuma bagi setiap 3 transaski tambah-nilai pertama menerusi GrabPay. Sementara pengguna baharu GrabPay pula akan menerima dskaun 20% bagi transaksi pertama dengan had nilai RM12.
Ganjaran ini akan berkuat kuasa mulai hari ini (22 Mac) sehingga 2 April kelak.
Sebarang makluman lanjut, para pengguna Setel bersama GrabPay boleh layari pautan rasmi untuk perincian seterusnya.