Artikel

Seramai 10,000 Banduan Akan Isi Kekosongan Pekerja Asing

Bersempena sambutan Hari Penjara ke-232 hari ini (22 Mac), seramai 10,000 banduan akan mengisi kekosongan tugas pekerja asing di dalam sektor ekonomi Malaysia.

Langkah positif ini, adalah tertakluk di bawah program Sistem Parol, Pelepasan banduan Secara Lesen dan Program Reintegrasi Penghuni.

Untuk makluman usaha penerapan kumpulan banduan ini tidak hanya memberi peluang pekerjaan tetapi selaku inisiatif untuk menangani isu kesesakan di penjara.

Buat pengetahuan umum, kapasiti sebenar banduan bagi 50 penjara termasuk 10 penjara satelit adalah sekitar 62,00 banduan sahaja. Tetapi kini mengikut data semasa terdapat 70,000 banduan telah ditempatkan.

Ini bermakna terdapat 8,000 lebihan penghuni di cawangan penjara Malaysia.

Setakat ini, Penjara Sungai Buloh dan Kajang mencatatkan jumlan banduan tertinggi dengan angka 6,000 banduan di setiap cawangan.

Maka dengan aturan penyerapan banduan selaku tenaga kerja ia secara langsung dapat menjimatkan kos pengurusan penjaran sehingga RM182 juta setahun.

Pada masa yang sama, kerajaan kekal optimis dengan persediaan ke arah penawaran pekerjaan ini dan menjamin kesejahteraan rakyat negara terus dipelihara. Ini secara langsung akan mempergiatkan lagi sistem penyampaian kepada para banduan.

Adanya usaha ini, ia tidak hanya membantu merancakkan ekonomi negara bahkan turut membuka peluang kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.