Artikel

MAFI Jamin Bekalan Ayam, Telur Mencukupi – Menjelang Ramadan

Malaysia kini sedang bersedia ke arah persiapan bekalan mentah, menjelang ketibaan Ramadan tidak lama lagi. Kerajaan ketika ini yakin jaminan untuk bekalan tersebut dapat dipenuhi, antaranya bekalan ayam dan telur.

Mengikut pemerhatian Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada sidang Parlimen hari ini (21 Mac), purata keperluan ayam di Malaysia adalah sekitar 2.09 juta ekor (3,762 metrik tan) sehari atau 62.9 juta ekor (113,220 metrik tan) dalam tempoh sebulan.

Maka untuk memastikan bekalan mencukupi – pendekatan membenarkan import ayam dari luar negara sedang dilakukan. Bagaimanapun, setakat ini hanya berupaya mendapatkan sekitar 4,500 metrik tan bekalan sahaja.

Masih jauh berdasarkan sasaran tampungan asal untuk memiliki 10,000 metrik tan import ayam bulat dari luar negara.

Selain import ayam, kerajaan juga akan beri subsidi sekitar RM0.60 per kg untuk harga borong bagi ayam hidup di ladang. Sementara subsidi RM0.50 per biji bagi telur gred a, B dan C sehingga 5 Jun ini.

Adanya usaha ini, dijangka ia dapat memberi manfaat kepada 2,061 pentrnak ayam, pedaging serta 194 peternak telur ayam.