MEF, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia mula mengusulkan cadangan untuk membenarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara diberi kelonggaran – bagi menangguhkan pelaksanaan penawaran gaji minimum RM1,500 tersebut kepada petugas.
Langkah ini bertepatan dengan situasi semasa, di mana sebahagian perniagaan masih lagi berdepan kesukaran untuk memulihkan kembali operasi mereka.
Buat pengetahuan umum, PKS membentuk sekitar 98% daripada perniagaan di Malaysia.
Selain perlu menyeimbangkan semula tekanan kewangan disebabkan kenaikan kos, segelintir warga PKS juga perlu menampung kerugian disebabkan krisis banjir sebelum ini. Maka kerajaan persekutuan wajar mempertimbangkan cadangan ini.
Sekiranya kelonggaran ini dibenarkan, MEF percaya ia akan membantu PKS menyelaraskan prestasi mereka dan mengukuhkan aliran keuntungan terlebih dahulu.