Artikel

MOF Akui Pengeluaran Khas KWSP RM63 Bilion Cetus Kesan Pasaran, Namun Tingkatkan Kuasa Beli

Walaupun tindakan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berisiko meningkatkan kos pinjaman kerajaan sekitar RM830 juta setahun, namun Kementerian Kewangan (MOF) melihat langkah ini berupaya meningkatkan kuasa beli rakyat negara.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1  pada sidang Parlimen hari ini (21 Mac) kesan pengeluaran khas itu dijangka akan bersifat jangka masa pendek sahaja untuk pelaburan dan KWSP akan mengimbangi semula portfolio mereka untuk mengurangkan kesan prestari pelaburan pada platform.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menidakkan sebarang kenaikan kos pinjaman kerajaan yang akan berlaku. Untuk makluman, Tengku Zafrul pada kenyataan laman rasmi MOF pernah memaklumkan, jika pengeluaran khas ini dilakukan – ia akan membawa kepada penjualan lebih banyak aset pelaburan luar negara Malaysia.

Setakat pengeluaran KWSP sebelum ini, kos pinjaman perajaan telahpun naik sebanyak 100 mata asas.

Untuk makluman, menerusi pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan KWSP bagi memenuhi keperluan pencarum terlibat.

Dan kini sekitar RM63 bilion dijangka dikeluarkan melalui pengeluaran khas KWSP ini. Ia secara langsung membawa kepada jumlah pengeluaran KWSP Malaysia berupaya mencapai paras lebihi RM164 bilion.