Hutang adalah suatu tindakan yang sering ingin dielak oleh setiap pihak, akan tetapi bebanan tanggjawab bersama keperluan semasa telah mendorong isi rumah negara untuk terus terpalit pada isu ini.
Meskipun rakyat negara bergelut akan paras hutang yang tinggi, namun kadar hutang isi rumah negara telah menunjukkan sedikit penurunan dari 93.2% kepada 89%, setakat Disember 2021.
Paras tersebut menurut Kementerian Kewangan (MOF) meliputi kategori hutang kenderaan, pembelian kediaman, kad kredit, pinjaman peribadi serta tunggakan pinjaman pendidikan.
Namun MOF jelas akui, walaupun terdapat penurunan peratusan hutang – kadar 89% ini masih lebih tinggi berbanding nisbah hutang sebelum kehadiran COVDI-19. ini keranan purata KDNK nominal pada tahun 2021 telaah menurun mendadak 5.3% berbanding data sepanjang 2017 sehingga 2019.
Maka untuk menangani isu tersebut, kerajaan ketika ini telah menyediakan garis panduan pembiayaan bertanggungjawab sejak 2012 – bagi memastikan pembayaran secara berkala dapat dilakukan mengikut kemampuan kewangan pinjaman.
Tidak hanya itu, kerajaan turut menyarankan isi rumah berkaitan merujuk kepada khidmat agensi kaunseling serta pengurusan kredit. Seterusnya negara bersama Bank Negara Malaysia (BNM) secara berterusan melaksanakan kempen celik kewangan untuk membantu rakyat negara berhubung pendidikan kewangan.
Negara juga kekal optimis mengekalkan jangkaan pertumbuhan di paras 5.5% sehingga 6.5%, susulan aliran kemasukan pelaburan asing yang semakin positif dipaparkan. Untuk makluman, ini paras hutang isi rumah Malaysia mengikut tahun;
- 82.6% (2017)
- 82% (2018)
- 82.7% (2019)
- 93.2% (2020)
- 89% (2021)