SPEEDHOME, platform sewa kediaman tanpa deposit ketika ini memperlihatkan aliran pertumbuhan yang konsisten dengan prestasi permintaan penyewa semakin tinggi pada 8.54%.
Mengikut tinjauan Laporan Aliran Permintaan dan Pembekalan Sewa Lembah Klang, tindakan pemulihan ekonomi Malaysia yang menuntut pekerja bekerja secara hibrid serta kembali semula ke kawasan bandar – menjadikan platform SPEEDHOME antara pilihan pengguna.
Tambahan, pembukaan sistem pendidikan negara diperingkat tertinggi turut meningkatkan permintaan penyewa di kalangan para pelajar. Sekiranya situasi positif ini terus berlarutan dan disokong dengan penurunan kadar pengangguran – ia dijangka akan membantu semula industri sewaan kediaman negara.
Akan tetapi SPEEDHOME kekal akui meskipun permintaan semakin pulih, kadar kenaikan sewa akan terus berlaku disebabkan lebihan unit yang terdapat di Lembah Klang.
Setakat ini, antara kawasan yang memaparkan hasil sewa tertinggi dengan paras 4.27% sehingga 4.8% meliputi bahagian;
- Damansara
- Batu Caves
- Shah Alam
Namun bagi kawasan Shah Alam, terdapat penurunan dari aspek permintaan sewa pada separuh kedua 2021 susulan krisis banjir yang berlaku pada akhir tahun lalu.