Artikel

Selepas 6 Bulan, Bitcoin Tiada Impak Dari Segi Penggunaan Jual-Beli Di El Salvador

El Salvador sebelum ini telah menjadi negara pertama yang mengiktiraf Bitcoin untuk tujuan jual-beli, sekaligus membuatkan pelbagai perniagaan di negara berkenaan menerimanya untuk tujuan transaksi jual-beli. Walaupun ia menerima reaksi positif dan sokongan daripada pelbagai pengguna dan pencinta di arena internet, namun pada dunia nyata di negara berkenaan, penggunaan dan impaknya hampir kepada tiada.

Kini selepas sekitar 6 bulan ia diperkenalkan, peniaga dan penjual seperti tidak peduli akan berkenaan dengan Bitcoin. Malah, terdapat sejumlah besar syarikat yang tidak pernah menggunakan kripto untuk perniagaan. Melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini, daripada 337 syarikat, sekitar lebih 90% mengatakan Bitcoin tidak memberikan sebarang impak terhadap jualan.

Peniaga juga tidak begitu mengemari penggunaan Bitcoin kerana nilainya yang tidak menentu – membuatkan terdapat peniaga yang kehilangan ratusan ringgit disebabkan oleh masalah teknikal dan sebagainya. Hal ini juga membuatkan mereka lebih selesa menggunakan matawang biasa berbanding kriptowang. Malah, masalah teknikal lain turut membuatkan kriptowang berkenaan tidak diminati penjual.

Walaubagaimanapun, Presiden Bukele di El Salvador dilihat terus melabur pada Bitcoin – dan ia didapati kurang berkaitan dengan penerimaan kriptowang dikalangan rakyat, tetapi lebih kepada menjaga imej sendiri, menjadi popular dan pada masa yang sama mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi negara berkenaan.