Artikel

Akta DBP Akan Diperkasa Dan Dipinda – Semua Pelajar Asing Wajib Mengambil Subjek Bahasa Melayu

Perdana Menteri hari ini mengumumkan yang mana dalam usaha memastikan Bahasa Melayu terus dimartabatkan, sebuah notis telah dikelurkan untuk semua Jabata Kerajaan, agensi serta GLC untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap program yang dianjurkan.

Disamping itu, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka juga akan diperkasakan, serta dipinda. ini kerana akta sedia ada tidak membolehkan DBP untuk menguatkuasakan penggunaan Bahasa Melayu – termasuk tiada kuasa ambil tindakan jikalau majlis daerah guna papan tanda dalam bahasa lain, serta beberapa perkara lain.

Selari dengannya juga, semua pelajar asing yang menyambung pembelajaran di Malaysia akan diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu, sekaligus menjadikannya bahasa ilmu.

Perdana Menteri turut menyatakan beliau berharap agar Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua ASEAN.

BM UMNO