Artikel

Kerajaan Meluluskan Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Baharu RM1,500 Sebulan Mulai 1 Mei 2022

Perdana Menteri hari ini mengumumkan yang mana kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula 1 Mei 2022 di seluruh negara.

Untuk peringkat permulaan pelaksanaan kadar gaji minima ini hanya membabitkan syarikat besar sahaja, dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Pelaksanaan ini juga selari dengan mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat, sekaligus memberikan tekanan terhadap golongan B40 khususnya.

Kali terakhir kadar gaji minimum diubah adalah pada awal tahun 2020, dimana ia dinaikkan RM100 kepada RM1200.