Artikel

PropertyGuru Kini Didagangkan Di Bursa NYSE

PropertyGuru, salah satu laman yang terkenal dengan penyenaraian hartanah, kini telah pun mula didagangkan di bursa NYSE, di Amerika Syarikat. PropertyGuru menggunakan penanda “PGRU” untuk tujuan dagangan.

PropertyGuru beroperasi di Singpaura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam – dikatakan menjadi destinasi lebih 52 juta pencari hartanah dalam menemui rumah idaman masing-masing setiap bulan. Ia telah dilancarkan pada tahun 2007 lepas, dan telah berkembang dengan pesat sejak daripada itu.

Sebelum ini, Grab turut telah melakukan penyenaraian awam mereka, dan syarikat teknologi seterusnya yang dijangka akan melakukan perkara sama adalah Carousell.