Carsome, salah satu syarikat yang terkenal untuk jual-beli kenderaan terpakai, hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih pegangan majoriti pada penjual kereta baru dan terpakai di Singapura, iaitu CarTimes.
Carsome akan mengambil-alih pegangan sebanyak 51%, sekaligus mempunyai pegangan majoriti pada syarikat penjual berkenaan.
Langkah ini juga turut membolehkan Carsome mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri automotif – terutamanya di Singapura.
Sebelum ini, Carsome juga turut telah mengambil-alih iCar Asia, salah satu syarikat yang turut terkenal untuk penyenaraian jual-beli dan kandungan berkaitan automotif di rantau Asia Tenggara.