Artikel

Shopee Mengatakan Kini Terdapat Lebih 2 Juta Penjual Tempatan, Menawarkan Produk Buatan Malaysia

Shopee Malaysia kini berkongsi mengatakan para penjual tempatan di Malaysia kini mencapai lebih 2 juta penjual, sekaligus memudahkan lagi pengguna tempatan dalam mendapatkan produk tulen Buatan Malaysia.

Disamping membolehkan pemasaran produk dan mendigitalkan perniagaan melalui Shopee, dengan menggunakan platform berkenaan juga membolehkan peniaga tempatan untuk turut meneroka peluang di pasaran luar negara sekitar Asia Tenggara ini.

Shopee juga mengatakan terdapat penjual tempatan yang menggunakan platform pengiklanan Shopee serta mengambil bahagian dalam jualan kilat – sekaligus mencapai jualan RM1 juta dalam tempoh hanya tujuh bulan pertama menyertai platform edagang berkenaan.

Shopee pada hari ini mempunyai bukan sahaja perkhidmatan edagang, tetapi juga perkhidmatan kewangan, selain penghantaran makanan ShopeeFood.