Artikel

AirAsia Ride Memperkenalkan Perkhidmatan Seru-Pandu Ditujukan Khusus Untuk Wanita

AirAsia Ride kini telah memperkenalkan salah satu ciri perkhidmatan seru-pandu yang ditawarkan khusus untuk wanita, dinamakan sebagai “LadiesONLY”. Melaluinya, ia akan memberi pilihan kepada para penumpang wanita memilih pemandu wanita untuk perjalanan yang lebih selesa.

Bagi para pengguna, anda boleh membuka aplikasi AirAsia, dan seterusnya memilih Ride, dan membuat pilihan tetapan LadiesONLY untuk menikmati perkhidmatan ini.

Selari dengan pengenalan ciri baharu ini, AirAsia turut mengatakan akan taja pemandu wanita yang ingin menyertai AirAsia Ride dengan faedah bernilai sehingga RM400, termmasuk seperti pengecualian yuran kursus pembelajaran, ujian PSV serta pemeriksaan perubatan percuma. Semua pemandu wanita juga akan terima kamera dalam kenderaan percuma – mengikut syarat yang ditetapkan oleh AirAsia.

AirAsia Ride mengenakan caj 15% daripada tambang bersih, dan para pemandu akan menerima 85% daripada tambang berkenaan.