Artikel

GoTo – Gabungan Gojek Dan Tokopedia, Akan Lakukan Penyenaraian Awam Di Indonesia Pada April Ini

GoTo, iaitu syarikat baharu hasil penyatuan dua firma gergasi di Indonesia – Gojek dan juga Tokopedia, kini mengatakan mereeka akan melakukan penyenaraian awam IPO di Indonesia pada 4 April 2022 kelak.

GoTo menyasarkan untuk mengumpulkan sekitar IDR 15.2 trilion, iaitu sekitar RM4.63 bilion.


Dana ini dijangka akan mengukuhkan lagi syarikat berkenaan yang kini meliputi perkhidmatan seperti seru-pandu, edagang, dan juga perkhidmatan kewangan dibawah satu bumbung.

Pada hari ini, GoTo mempunyai lebih 2.5 juta pemandu berdaftar, selain lebih 14 juta penjual berdaftar. GoTo juga dilihat mempunyai pegangan pasaran yang tinggi dalam arena edagang dan kewangan di Indonesia. Dengan peluang pasaran Indonesia yang besar dan sedang berkembang pesat, GoTo dijangka akan menjadi salah satu syarikat tumpuan.

Sebelum ini, GoTo pernah menyatakan hasrat untuk melakukan dwi-penyenaraian, iaitu di Jakarta dan juga New York. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkaitan penyenaraian di Amerika Syarikat.

https://www.youtube.com/watch?v=X02jbRd5V0Y