Artikel

SC : Jangan Terpedaya Dengan Skim Pelaburan Janji Pulangan Tinggi Di Telegram

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini memberi peringatan dan amaran kepada orang ramai, supaya berhati-hati dan jangan terpedaya dengan pelbagai skim pelaburan haram di Telegram.

Terdapat sejumlah skim pelaburan haram yang dilihat menyasarkan pengguna di Telegram – menjanjikan pulangan tinggi sehingga 1000% dalam tempoh yang terhad, dan turut mengatakan risiko yang rendah.

Pada tahun ini sahaja, sejak Januari 2022, sejumlah 47 aduan berkenaa telah diterima oleh SC untuk skim pelaburan haram melalui Telegram.

Orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan boleh merujuk kepada pihak SC sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.