Artikel

Twitter Ingin Memudahkan Jual-Beli Dan Edagang Melalui Twitter Shops

Twitter sedia terkenal sebagai platform media sosial, dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Kini, selain daripada menjadi destinasi untuk mendapatkan informasi, Twitter kini sedang menguji kebolehan edagang dinamakan Twitter Shops.

Melalui Twitter Shops, penjual boleh memperlihatkan koleksi produk sehingga 50 produk, dan membolehkan pengguna lain membeli melaluinya.

Dengan integrasi ini, pengguna turut boleh melihat perkongsian produk pada garis masa, dan membeli terus tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, Twitter Shops masih pada peringkat ujian, dan hanya diaktifkan pada beberapa akaun sahaja. Namun, ia kini telah memberikan gambaran bagaimanakah Twitter merancang untuk memperkenalkan ciri edagang pada platform berkenaan.

Twitter Shops