Kerajaan Melaka kini merancang untuk membina terowong bawah laut yang menghubungkan Melaka ke Kota Dumai di Indonesia. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Menteri Melaka ketika acara pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai.
Dengan terowong bawah laut ini, ia akan menjadikan jarak Melaka dan Dumai sekitar 47km, sekaligus memudahkan perjalanan antara dua kota berkenaan.
Projek ini perlukan kerjasama dan persetujuan kedua-dua negara sebelum dapat diteruskan. Sekiranya semua berjalan lancar, pembinaan terowong ini mungkin mengambil masa sekitar antara empat ke lima tahun.
Untuk makluman, projek ini telah dibincangkan beberapa kali, termasuk pada 1998, dan pada 2013 yang lepas. Dengan perancangan Indonesia ingin menghubungkan semua kepulauan berdekatan melalui lebuhraya, mungkin akhirnya projek ini akan dapat diteruskan dalam beberapa tahun lagi.