Artikel

CEO Pfizer Mengatakan Suntikan Dos Ke-4 “Diperlukan”

CEO Pfizer, dalam sebuah temuramah di kaca televisyen CBS, kini menyatakan sutikan dos ke-4 (suntikan dos pengalak kedua) adalah diperlukan.

Langkah ini adalah dalam usaha mengekalkan kadar kemasukkan ke hospital lebih terkawal, dan pada masa yang sama mengurangkan kesan sakit.

CEO Pfizer turut mengatakan mereka akan menghantar data penyelidikkan mereka kepada pihak berkuasa di Ameirka Syarikat, dan turut melihat apa kata pakar luar berkaitan dengan perkara ini.

Buat masa ini, di Malaysia, hanya dos pengalak pertama diberikan, dan masih tiada sebarang keputusan lanjutan berkaitan dengannya.

Beberapa negara telah mula melihat kepada dos pengalak kedua, atau suntikan dos ke-4, termasuk antaranya adalah Jerman dan juga Israel. Namun, ia sekadar digalakkan kepada kumpulan berisiko tinggi sahaja buat masa ini.