Tenaga Nasional Berhad dan PLUS Malaysia kini mengumumkan kerjasama dalam memastikan pengurangan pelepasan karbon di Lebuh Raya PLUS.
Selari dengannya, tiga inisiatif kelestarian akan dibangunkan, iaitu pembangunan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik, pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga, dan pemasangan sistem solar fotovoltaik di bangunan kawasan R&R yang terpilih.
TNB dilihat agak aktif dalam arena pengecasan eelektrik, dan telah mengumumkan sejumlah rakan kerjasama – termasuk denga pihak MARii, Socar, Majlis Bandaraya Ipoh, BMW Group Malaysia, dan lain-lain.
Buat masa ini, lokasi pengecas kenderaan elektrik berkenaan masih tidak dikongsikan – termasuk dari segi caj yang terlibat dan sistem yang akan ditawarkan.
Untuk sistem solar fotovoltaik, ia akan dipasang pada bumbung bangunan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) da R&R Tapah (Arah Utara) – deengan jumlah kapasiti 360kWp.