Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat sejumlah syarikat yang mematuhi sekatan, sekaligus menghentikan operasi di Rusia. Namun, perkara sama tidak dilakukan secara meluas oleh firma dan syarikat memfokuskan kriptowang buat masa ini.
Terbaru, pihak berkuasa Jepun telah mengarahkan bursa dagangan kripto untuk tidak lagi memproses transaksi melibatkan aset kripto di Rusia dan Belarus.
Buat masa ini, terdapat sekitar 31 bursa dagangan kripto di Jepun.
Langkah ini diambil selepas pengumuman G7 pada Jumaat lepas. Terdapat kebimbangan dimana Rusia menggunakan kriptowang dalam melepasi halangan kewangan yang dikenakan terhadap negara tersebut yang menceroboh Ukraine.
Selain Jepun, Amerika Syarikat turut telah mengeluarkan arahan kepada firma kriptowang untuk tidak berurusan dengan negara yang dikenakan sekata.