Artikel

Paras Gaji Minimum Akan Dimaklumkan, Tidak Lama Lagi – KSM

Susulan pertumbuhan ekonomi negara semakin memaparkan pemulihan – kerajaan tidak lama lagi akan memaklumkan gaji minimum buat negara.

Ini bermakna tindakan itu akan dilaksanakan lebih awal berbanding perancangan asal yang ingin dilakukan pada penghujung tahun ini.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) pelaksanaan kenaikan gaji minimum ini wajar dilakukan secara berperingkat demi kepentingan rakyat dan keperluan kos sara hidup.

Berdasarkan laporan terdapat jangkaan kenaikan ini akan merangkumi paras RM1,600 dan ke atas.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 3.6% pada suku keempat tahun 2021 dan dijangka meningkat mencapai lebih 5% tahun ini.