Artikel

Kes Penipuan Atas-Talian Mencatatkan Kerugian RM3.3 Bilion Dari 2017 Ke 2021

Pihak Polis kini berkongsi mengatakan terdapat sejumlah 98,607 kes penipuan atas-talian telah dilaporkan antara 2017 ke 2021, sekaligus mencatatkan kerugian berjumlah RM3.3 bilion.

Kebanyakkan kes yang dilaporkan adalah berbentuk Macau Scam, selain kes penipuan pembelian atas-talian, serta berkaitan pinjaman serta penipuan “percintaan”.

Pada tahun 2021 sahaja, sebayak 4340 kes telah dilaporkan dengan kerugian melibatkan RM665 juta.

Pihak Polis sendiri telah menahan lebih 30,000 individu terlibat, dan seramai 25,000 individu telah dihadapkan ke mahkamah. Disamping itu, dengan kerjasama pihak SKMM, sebanyak 1.6 bilion panggilan dan 1,500 laman web telah dihalang setakat ini.