FamilyMart, kedai serbaneka milik Jepun kini mula mengatur langkah menamatkan penggunaan kutleri atau garpu dan garpu-sudu plastik pada operasi perniagaan mereka.
Pelaksanaan itu mengikut laporan telah bermula pada 10 Mac (semalam) sebulan lebih awal berbanding penguatkuasaan dari kerajaan Jepun. Di mana kabinet Jepun telah bersepakat memulakan larangan penggunaan kutleri plastik pada April kelak ke atas seluruh perniagaan negaranya.
Menerusi tuntutan tersebut, FamilyMart kini memulakan langkah itu di 10 cawangan terpilih di Tokyo dan akan meluaskan tindakan itu kepada sekitar 16,000 cawangan kedai serbanekanya di seluruh dunia – termasuklah Malaysia.
Penamatan penggunaan garpu-sudu plastik ini akan beralih kepada penggunaan garpu-sudu berasaskan buluh kepada pelanggan.
Adanya usaha ini, ia dijangka berpotensi mengurangkan sekitar 260 tan penggunaan plastik setahun – setelah pelaksanaan ini dikuat kuasakan di seluruh cawangan.