Artikel

PLUS Nafi Tawar Diskaun Tol 50% – Buat Pengguna Pulang Mengundi

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini menyelar dan menidakkan kenyataan bahawa mereka memberi diskaun 50% tol untuk pengguna yang akan pulang mengundi di Johor pada hujung minggu ini.

Pihaknya menafikan tindakan itu, untuk makluman umum tiada sebarang kenyataan media rasmi dikongsikan berhubung perolehan diskaun tersebut.

PLUS kini memandang serius akan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan logo syarikat mereka – untuk tujuan mengelirukan para pengguna.

Maka untuk persediaan perjalanan, orang awam diminta menyemak kesahihan makluman PLUS, hanya pada segmen kenyataan media portal rasminya dan saluran media sosial PLUS.