Artikel

Seramai 51,000 Penganggur Masih Tidak Memiliki Pekerjaan – Lebih Dari Setahun

Pasaran pekerjaan negara terus memaparkan aliran positif apabila kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) setakat Januari 2022 telah meningkat kepada 69.1% iaitu miliki 16.37 juta tenaga buruh.

Ini secara langsung mencerminkan aktiviti ekonomi semakin menggalakkan buat negara.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada minggu ini turut memperincikan kadar pengangguran negara mula terkawal, meskipun masih diparas 4.2%.

Di mana bilangan penganggur telah menurun kepada 680,400 individu setakat Januari ini. Selain itu, kategori penggangur belia yang berusia 15 hingga 24 tahun juga telah menurun 0.5% kepada 364,500 individu.

Ia bermakna sekitar 3,300 penggangur belia kategori umur tersebut telah mula berkecimpung dalam pasaran pekerjaan.

Sementara kadar pengangguran meliputi usia 15 hingga 30 tahun – pula turut berkurangan kepada 8.3%, yang kini mencatatkan sekitar 521,800 penganggur.

Namun meskipun terdapat penambah-baikan pada aliran pekerjaan, DOSM dapati sekitar 51,030 (7.5%) penganggur masih lagi tiada pekerjaan lebih dari setahun. Sementara tempoh pengangguran lain pula mencatatkan;

  • Kurang dari 3 bulan – 383,065 penganggur (56.3%)
  • Kurang dari 6 bulan – 160,574 penganggur (23.6%)
  • Kurang dari 12 bulan – 85,730 penganggur (12.6%)