Grab sedia mencuri perhatian ramai dengan penyenaraian pada Nasdaq sebelum ini. Kini, sebuah lagi syarikat teknologi yang akan mulakan dagangan di bursa Nasdaq juga adalah PropertyGuru.
PropertyGuru dijangka akan selesai bergabung dengan sebuah SPAC – sebelum mula disenaraikan di Nasdaq pada 18 Mac 2022 kelak.
PropertyGuru merupakan salah satu portal memfokuskan kepada hartanah, da beroperasi di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Pada tahun 2021 sahaja, PropertyGuru mencatatkan pendapatan berjumlah $100.7 juta (~RM421 juta) – yang mana memperlihatkan peningkatan positif berbanding tahun sebelumnya.
Selain PropertyGuru, beberapa syarikat lain turut menyasarkan untuk menyenaraikan di bursa Amerika Syarikat, termasuk Carousell.