Artikel

Mydin Mall Cawangan Kelantan Kini Dibuka – Rancang Jana Untung Lebih RM15 Juta Sebulan

Mydin, penyedia barangan borong dan runcit negara pada hari ini (10 Mac) secara rasminya melaksanakan pembukaan cawangan ke-67 di negeri Kelantan – iaitu Mydin Mall.

Menerusi perluasan jejak Mydin di Kelantan – ini dilihat dapat merancakkan lagi ekosistem khidmat peruncitan dan jualan barangan tempatan negeri. Di mana pihaknya kini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan buat penduduk negeri.

Malah Mydin juga terus optimis dengan menyasarkan, operasi baharu ini berupaya menjana lebih RM15 juta sebulan pada pertumbuhan jualan mereka.

Untuk makluman, tidak hanya produk jualan tempatan seperti makanan yang akan dipromosikan tetapi jualan barangan kraf tangan juga turut akan diperkasakan oleh Mydin Mall Tunjong ini.

Berdasarkan laporan, pembangunan pasar raya 3 tingkat ini telah memperuntukkan kos perbelanjaan hampir RM250 juta dengan keluasan hampir 1 juta kaki persegi.