Artikel

Principal Kini Perluas Penyelesaian Pelaburan Digital

Principal Asset Management mula memperkasakan akses pelaburan mereka kepada perkembangan khidmat pelaburan menerusi portal atas talian.

Langkah ini sekaligus meningkatkan kemudahan pengguna pada pengurusan portfolio pelaburan yang lebih baik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Principal, Munirah Khairuddin – perluasan ini juga turut membolehkan pelaburan menerusi dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilakukan, secara langsung dapat memantau aliran pelaburan yang lebih cekap.

Penyelesaian pelaburan digital tersebut dilaporkan akan disusuli dengan penawaran lebih 50 dana meliputi dana konensional dan patuh syariah dengan pelaburan permulaan minimum sekitar RM500. Maka bersempena pelaksanaan itu – caj jualan 0% akan dinikmati oleh pelabur baharu dan sedia ada.

Sementara 1,000 pelabur pertama yang turut serta berpeluang menerima ganjaran RM50. Bagi mengetahui lebih lanjut, para pelanggan boleh layari pautan Principal untuk perincian seterusnya.