Artikel

Peralihan Ke Arah Endemik – Rakyat Malaysia Perlu Tingkatkan Tanggunjawab Individu

Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (9 Mac) Khairy Jamaluddin – Menteri Kesihatan telah menggariskan beberapa penjelasan berhubung peralihan ke arah endemik mulai 1 April kelak.

Menurutnya tindakan peralihan ini adalah bergantung kepada intervensi kerajaan di bawah Akta 342 bersama tanggunjawab komuniti masyarakat secara individu. Di mana ini antara senarainya;

  • Kerajaan akan terus beri pelindungan melalui agihan aksin penggalak.
  • Kerajaan akan pertingkatkan khidmat kesihatan – ubat-ubatan pil
  • Kerajaan akan terus pantau aktiviti kuarantin kendiri setiap rakyat Malaysia
  • Kerajaan akan terus meningkatkan kesedaran komuniti secara langsung di tempat awam dan tempat kerja
  • Ibu bapa dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi di bawah PICKids – sebarang persoalan akan diteliti oleh setiap pengurusan kesihatan

KKM pada masa yang sama, menegaskan tindakan peralihan ini disokong berdasarkan kemampuan sistem kesihatan dan data kesihatan yang diperolehi negara. Setakat ini, penggunaan katil bukan kritikal 70%, ICU untuk COVID-19 dan bukan-COVID-19 adalah 59%. Ia jelas menunjukkan negara bersedia ke arah peralihan fasa.

Selain itu, berhubung persoalan harga ujian COVID-19 – orang awam kini disarankan untuk mengurangkan kadar kebergantungan mereka pada RT-PCR, dan gunakan RTK-Antigen sebagai alternatif mengesan simptom COVID-19.

Pihak KKM akan terus melaksanakan rundingan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna (KPDNHEP) berhubung pelarasan harga siling pada jualan ujian kendiri tersebut. Tindakan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berbicara berkenaan ujian kendiri, setakat ini sekitar 20 juta kit Pakej Penjagaan COVID-19 telah diagihkan oleh negara kepada kumpulan B40. Pengagihan kit akan terus dilanjutkan, berdasarkan perincian agihan kit itu merangkumi 4 kit ujian kendiri, pelitup muka, 1 pulse oximeter, 1 termometer dan risalah kesihatan sebagai panduan orang awam.

Maka bagi memastikan semua pihak memahami penerapan protokol yang diperincikan KKM, rakyat Malaysia boleh layari pautan covidprotocol.moh.gov.my untuk tindakan lanjut.