Kabinet Thailand kini telah melaksanakan beberapa persetujuan berhubung aturan cukai negara mereka ke atas pelaburan aset digital kripto dan startup.
Menurut Kementerian Kewangan Thailand, pihaknya kini mula memberikan pelepasan cukai untuk startup bagi tindakan pelaburan langsung dan tidak langsung, di mana pelabur yang melabur selama 2 tahun dalam sesebuah startup akan menerima pelepasan cukai selama 10 tahun sehingga Jun 2032.
Tidak hanya pelepasan itu, Thailand turut bersepakat melonggarkan aturan cukai ke atas pelaburan aset digital kripto negaranya. Tindakan ini sekaligus seiring dengan merancakkan lagi aliran perdagangan pelaburan tersebut. Buat pengetahuan umum, pasaran kripto Thailand ketika ini telah berkembang naik kepada 2 juta akaun dagangan.
Langkah ni akan membolehkan pelabur mengimbangi semula kerugian tahunan berbanding keuntungan cukai yang perlu dibayar ke atas pelaburan kriptowang dan pengecualian cukai nilai-tambah 7% kripto di platform perdagangan.