Artikel

Sektor Perladangan Rugi RM20 Bilion – Susulan Kekurangan Pekerja

Tahun 2021 memperlihatkan kerugian pada sektor perladangan Malaysia, sekitar RM20 bilion.

Kerugian tersebut menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) disebabkan isu kekurangan tenaga kerja, mengakibatkan produktiviti sektor merundum.

Walaupun Malaysia pada April 2021 telah membuka peluang penyertaan pekerja tempatan pada sektor perladangan bersama tawaran imbuhan tinggi – ternyata langkah itu tidak berjaya menarik minat yang meluas dalam kalangan pekerja tempatan.

Oleh itu, kebergantungan pada tenaga asing masih diperlukan negara. Buat masa ini, Malaysia sedang membuka pendaftaran dan masih menentukan kuota kemasukan untuk pekerja asing bagi tuntutan sektor.

Langkah itu wajar diatur demi kelangsungan operasi. Antara sektor perladangan yang terus terjejas adalah segmen kelapa sawit yang memerlukan kapasiti tenaga kerja yang tinggi.