Artikel

Lebih 17,500 Pembeli Kediaman PR1MA Adalah Golongan Muda, Berusia 25 – 35 Tahun

Golongan muda yang berusia 25 tahun sehingga 35 tahun kini adalah kumpulan yang memonopoli pembelian kediaman Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA). Berdasarkan data, kumpulan usia ini menguasai 50% pasaran iaitu 17,543 pembelian kediaman tersebut di seluruh negara.

Kenyataan ini dimaklumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada sidang Parlimen hari ini (8 Mac). Penguasaan itu dilihat terus diungguli golongan muda, apabila pembelian PR1MA pada tahun 2021 mencatatkan 1,904 unit, ini secara langsung menguasai 34% pembelian PR1MA bagi data tahunan.

Pentadbiran negara melihat, jenis kediaman ini telah berjaya menarik perhatian golongan muda, ia disusuli dengan tawaran harga mampu milik.

Akan tetapi, KPKT tidak memperincikan kriteria pendapatan golongan muda yang terlibat pada pembelian unit kediaman PR1MA tersebut. Seperti yang umum ketahui, kediaman ini diwujudkan untuk membantu isi rumah yang berpendapatan sederhana untuk memiliki aset kediaman mereka sendiri.