Artikel

Paras Garis Kemiskinan Dijangka Dipinda, Suku Pertama 2023

Kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kelak bakal disemak semula, dan  pindaan paras itu disasarkan dilakukan menjelang suku pertama 2023, tahun hadapan.

Makluman pada sidang Parlimen itu menyatakan langkah semakan ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi) Mustapa Mohamed, setakat ini kadar had kemiskinan masih menggunapakai paras RM2,208 (isi rumah) dan RM1,169 (miskin tegar).

Selain menyatakan jangkaan pindaan garis kemiskinan tersebut, pihak pentadbiran negara turut sedari – kepincangan paras kemiskinan ini turut didorong atas faktor ketidaksamaan paras gaji antara wilayah dan negeri, bandar bersama luar bandar.

Tidak hanya itu, jurang kemiskinan terus melebar apabila krisis kesihatan, politik dan ekonomi dunia berlaku dalam tempoh yang sama. Situasi ini sekadar meningkatkan lagi keperitan kos sara hidup rakyat negara.

Meskipun kadar kemiskinan negara telah mengalami perubahan dalam tempoh 5 dekad (50 tahun), pentadbiran turut akui masih terdapat beberapa kawasan dan kelompok penduduk negara memiliki peratusan miskin tegar tinggi.