Artikel

Malaysia Teliti Bangunkan Kaedah Pemberian Vaksin – Melalui Mulut, Semburan Hidung

Malaysia kini dalam perancangan untuk membangunkan kaedah pemberian vaksin secara oral (mulut) dan nasal spray (semburan) hidung.

Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) pada sidang Parlimen hari ini memaklumkan langkah itu sedang diteliti di bawah Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN).

Usaha pembangunan ini secara langsung akan membantu negara memperkasakan lagi agihan vaksin ke atas masyarakat, khususnya kumpulan individu yang kurang selesa akan penerimaan vaksin secara suntikan jarum.

Seterusnya, pihak MOSTI turut memaklumkan negara bakal memiliki vaksin COVID-19 buatan tempatan menjelang 2024 kelak. Meskipun ini adalah jangkaan awal, pihak perubatan akan memaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan status pembangunan vaksin.