Artikel

Pengeluaran Tayar Bakal Terjejas – Susulan Beberapa Operasi Eropah Ditangguhkan

Persengketaan antara Rusia-Ukraine secara jelas beri kesan kepada pelbagai aspek dalam ekonomi global, termasuk permintaan tayar untuk industri automotif.

Kini terdapat beberapa pengeluar tayar dunia melaksanakan penangguhan pada beberapa operasi pengeluaran tayar mereka di Eropah. Antaranya adalah pengeluar tayar Michelin Group.

Situasi ini berlaku berikutan pihak pengeluar mengalami halangan pada logistik dan pengangkutan utama untuk penghantaran bekalan kepada permintaan.

Ini membawa kepada penstrukturan semula jadual penghantaran untuk pasaran tayar. Bagaimanapun Michelin kekal menjamin kesan situasi ini akan terkawal dan tidak terlalu memberi impak kepada pasaran negara yang terlibat, termasuklah di Malaysia.