Artikel

Kini Sesiapa Pun Boleh Melabur – Bersama AirAsia Super App, CGS-CIMB Securities

AirAsia Super App, aplikasi di bawah Capital A kini mengatur kerjasama dengan CGS-CIMB Securites bagi menjadikan arena pelaburan lebih mudah untuk diakses dan dimiliki oleh semua pihak.

Aturan persefahaman ini secara langsung menjadikan semua pihak kini boleh melabur.

Pada sidang media hari ini (7 Mac), pelaksanaan itu dilakukan seiring dengan Pelan Induk Pasaran Modal Ketiga oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang bertujuan untuk memperkasakan pelabur dalam membina masa depan yang lebih baik. Langkah airasia Super App ini secara terus dapat mendemokrasikan medium perdagangan ekuiti untuk peniaga di seluruh Malaysia, Asia Tenggara.

CGS-CIMB Securities melihat menerusi usahasama ini, ia akan memanfaatkan model khidmat pelaburan mereka bersama pengguna aktif AirAsia.

Inisiatif ini disasarkan bakal membuka peluang pelaburan untuk semua golongan dengan tawaran yang berpatutan – langkah itu bererti tiada lagi had pelaburan untuk kumpulan tertentu atau pelabur sahaja.