Artikel

CTOS Tidak Senarai-Hitam Pengguna – Hanya Sedia Maklumat Pengurusan Kredit Tepat

CTOS Data Systems, adalah antara 8 agensi pelaporan kredit swasta negara yang berperanan memaparkan aliran pengurusan kredit para pengguna.

Aliran ini diteliti berdasarkan sumber data awam dan individu – di mana ia akan dikenalpasti untuk kelayakan dalam perolehan pinjaman serta pemberi kredit.

Penjelasan ini secara terus memperincikan CTOS tidak memiliki fungsi untuk melakukan keputusan menyenarai-hitam mana-mana pihak, bagi menafikan kriteria mereka dalam perolehan pinjaman.

CTOS sekadar memaparkan aliran pengurusan kredit pengguna, berpaksikan tingkah laku kewangan mereka.

Pada makluman itu, CTOS menjelaskan sebarang penafian atau kelulusan adalah tertakluk kepada pihak pinjaman. Di mana pihak ini akan menyemak segala perolehan pinjaman berdasarkan jangka masa tertentu, risiko tanggungan pemohon dan aliran kredit pengguna.