Artikel

AirAsia Akan Kenakan Surcaj Bahan Api Bermula 8 Mac 2022

AirAsia hari ini mengumumkan mereka akan mengenakan semula surcaj bahan api bermula 8 Mac 2022 ini untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa.

AirAsia mengatakan surcaj ini diperkenalkan semula disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api di dunia pada hari ini. Sebelum ini, AirAsia tidak mengenakan sebarang surcaj bahan api sejak 2015 lepas.

Dengan perubahan ini, semua tempahan penerbangan baharu dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022 akan dikenakan dengan surcaj bahan api. Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan terjejas dengan perubahan ini.

Surcaj AirAsia Bahan Api