Artikel

Malaysia Akan Bangunkan Hab Penempatan Pekerjaan – Di Setiap Negeri

Bagi merancakkan pasaran pekerjaan negara – Malaysia kelak akan membangunkan hab atau Pusat Penempatan Pekerjaan di setiap negeri secara berperingkat.

Makluman Kementerian Sumber Manusia  (KSM) ini menjelaskan pembangunan pusat sehenti ini akan menampilkan kemudahan seperti program latihan kemahiran, penempatan praktikal, serta dapat berhubung bersama panel pekerjaan dan syarikat yang menawarkan kekosongan.

Adanya hab ini ia dapat memberi gambaran jelas kepada pemohon pekerjaan tentang minat, keperluan industri serta pengetahuan lanjut berdasarkan permintaan kerjaya yang dipohon.

Namun pemohon dimaklumkan perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum hadir ke pusat sehenti di portal MYFutureJobs – langkah ini akan membantu pemohon memiliki akses lebih tinggi berhubung senarai penawaran pekerjaan.