Artikel

Syarikat Induk Tealive Dan TiffinLabs – Atur Kerjasama Bawakan Restoran Maya Di Malaysia

Loob Holdings, syarikat induk Tealive kini terus meluaskan rangkaian jenama mereka melalui kerjasama dengan TiffinLabs – iaitu firma teknologi makanan Singapura.

Menerusi kesepakatan ini, ia akan memperlihatkan kehadiran beberapa jenama restoran maya baharu di Malaysia diwujudkan. Langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat meliputi 100 dapur yang merangkumi pelbagai jenama makanan.

Setakat ini, lokasi restoran maya berserta jenama pelancaran telah disenarai-pendek dan akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Buat pengetahuan umum, TiffinLabs telah membangunkan lebih 20 jenama restoran maya merentasi pelbagai jenis makanan dan khidmatnya kini di Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.