Artikel

Jepun Perkasa Kenderaan Swa-Pandu – Susulan Alami Kekurangan Pekerja Penghantaran

Jepun tidak lama lagi akan meminda undang-undang jalan raya negara mereka – untuk mempromosikan kenderaan swa-pandu (dipandu sendiri).

Berdasarkan laporan Nikkei, pentadbiran Jepun ketika ini sedang merancang meminda perundangan bagi membenarkan kenderaan tersebut diperkasakan penggunaannya.

Tindakan ini susulan kekurangan pekerja yang semakin ketara – disebabkan percambahan platform atas talian, ia menyukarkan industri penghantaran Jepun untuk penuhi permintaan pembelian pengguna.

Maka, adanya usaha ini ia dapat merancakkan semula industri penghantaran dengan membenarkan penggunaan kenderaan swa-pandu di Jepun beroperasi.

Mengikut Persatuan Jurutera Automotif, kenderaan swa-pandu ini memiliki kemampuan untuk memandu-sendiri dalam kelajuan tidak lebihi 48.28 kmj dan juga boleh dikendalikan secara manual. Dan Jepun pada tindakan untuk meminda perundangan itu, tegas menjelaskan langkah itu hanya tertakluk dibeberapa kawasan dan jalan raya negara mereka sahaja.