Grab Holding, firma teknologi berasaskan kemudahan pengangkutan dan penghantaran makanan Asia Tenggara kini terus mencatatkan kerugian berganda pada laporan kewangan suku keempat 2021.
Apabila mencatatkan kerugian bersih sekitar AS$1.1 bilion dalam tempoh 3 bulan yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu.
Peningkatan kerugian dua kali ganda ini telah melonjak kepada AS$3.4 bilion, daripada AS$2.6 bilion pada tahun sebelumnya. Susulan memiliki persaingan sengit dari rakan GoTo dan tumpuan Grab meningkatkan insentif kepada pemandu segmen makanan dan pengangkutannya telah membawa kepada penyusutan 44% perolehan iaitu AS$122 juta.
Bagaimanapun Grab kekal optimis untuk meluaskan pasaran segmen makanannya dalam kalangan pengguna. Di mana Euromonitor International turut menjangkakan peningkatan tiga kali ganda kepada AS$11.9 bilion bakal berlaku pada pasaran Asia Tenggara Grab menjelang 2025 kelak.
Malah, aliran perbelanjaan pengguna Grab juga memaparkan peningkatan 31% kepada AS$666 – ini secara langsung menunjukkan tahap kesetiaan dan keyakinan pengguna turut melonjak.
Bagaimanapun, secara keseluruhan pengguna aktif Grab turut alami penurunan 2%, yang kini mencatatkan jumlah 24.1 juta pengguna untuk tahun 2021.